Naib Perdana Menteri China Liu He akan ke Washington hari ini untuk memulakan fasa pertama pada 15 Januari. Bolehkah kita melihat perubahan kepada sentimen risiko pada minggu ini?

Kelihatan sedikit harapan dalam perjanjian perdagangan AS-China

  • Perjanjian termasuk perlindungan untuk harta intelek (intellectual property), makanan dan hasil keluaran lading, perkhidmatan kewangan dan pertukaran asing, serta satu peruntukan bagi penyelesaian pertikaian.
  • Perjanjian termasuk peningkatan dalam syarat-syarat pemindahan teknologi yang Beijing meletakkan bagi syarikat asing, serta lebih akses kepada pasaran China bagi perkhidmatan kewangan.
  • Washington berkata Beijing telah berjanji untuk membeli lebih barangan Amerika, bernilai US$200 bilion, selama dua tahun – tambahan berbanding dengan 2017.
  • Dalam sebahagian dari urus janji cukai, Trump membatalkan 15% tarif yang telah dijangka dikenakan pada barangan China yang bernilai US$160 bilion pada hari Ahad, terutamanya elektronik seperti telefon bimbit dan komputer, yang mungkin sangat membebankan kepada pengguna AS.
  • Manakala pegawai China kata AS bersetuju untuk menarik cukai-cukai yang lain secara berperingkat, buat masa ini Washington akan tetap mengimplementasikan 25% cukai pada import bernilai US$250 bilion.
  • Kemeruapan dalam pasaran boleh meningkat pada hari Rabu apabila penandatanganan sebenar perjanjian fasa satu sepatutnya berlaku.

Pilihan Kami

USD/CAD – Sedikit menurun.

Pasangan ini mungkin jatuh ke arah paras harga 1.3000 selepas melanggar resistance yang kuat.

usdcad

 

USD/JPY – Sedikit menurun.

Pasangan ini mungkin jatuh ke arah 109.30 sebelum bergerak lebih tinggi.

USDJPY

 

XAU/USD (Emas) – Meningkat sedikit.

Kami menjangkakan kenaikan harga ke arah 1535 dalam beberapa minggu akan datang.

xauusd

 

SPXUSD (S & P 500) – Sedikit menurun.

Indeks mungkin jatuh ke arah 3262 minggu ini daripada pengambilan untung.

spxusd

 

New call-to-action

 

Pasukan Penyelidikan Fullerton Markets 

Your Committed Trading Partner