Oleh kerana Australia mencatatkan lonjakan terbesar dalam masa satu hari bagi kes koronavirus sepanjang tempoh dua bulan, kebimbangan bahawa Australia akan memulakan perintah berkurung fasa kedua semakin meningkat boleh membawa AUD / USD kepada paras lebih rendah.

  • Australia mengalami gelombang wabak kali ke dua memandangkan jumlah kes coronavirus mencapai tahap tertinggi sepanjang tempoh 2 bulan, mencetuskan ketakutan akan berlakunya perintah berkurung kali ke dua.
  • Tambahan pula, Australia yang sangat bergantung kepada pengeksportan bijih besi menyaksikan harganya yang tidak berkekalan dan mungkin boleh merudum
  • International Monetary Fund (IMF) semalam menjangkakan kemelesetan ekonomi bakal meningkat dan pemulihan ekonomi dunia akan berlaku dengan lebih perlahan setelah dilanda wabak virus sejak lebih 2 bulan lalu
  • Memandangkan AUD / USD sedang bergerak menuju ke paras 0.7000 yang mungkin boleh bertindak sebagai rintangan yang kuat, setiap ruang perubahan yang ketara adalah sangat terhad ketika ini. Kami percaya bahawa harga boleh menyusut ke paras harga lebih rendah iaitu 0.6700 buat masa ini

Breaking News: Kadar Kes Virus Melonjak di Australia Mungkin Memberi Tekanan Kepada Matawang Aussie

 

New call-to-action

 

Pasukan Kajian Fullerton Markets

Rakan Dagangan Komited Anda