Sebelum memilih Strategy Provider, Strategy Followers akan menapis Provider berdasarkan keperluan yang berbeza yang sesuai dengan profil mereka.

Satu penapis carian sedemikian adalah "Profitability" yang mengukur kadar kemenangan yang tertentu. Jika anda mencari Provider yang mempunyai 100% "Keuntungan" dan oleh itu mengharapkan kadar kemenangan 100%, anda mungkin betul tetapi Provider mungkin tidak menguntungkan.

Copy Tip Minggu Ini - Apa Yang Anda Ketahui Mengenai Profitability

Sebagai contoh silat lihat provider di bawah ini. Anda boleh melihat bahawa "Profitability" dia ialah 100%. Ini menunjukkan bahawa provider mempunyai 100% kadar kemenangan.Walau bagaimanapun, anda akan menyedari bahawa carta pertumbuhannya kelihatan merah dan mengalami kerugian dalam jangka masa yang panjang.

Lihat keuntungan YTD dia dalam peratusan, terdapat bulan dimana provider mengalami kerugian walaupun kadar kemenangannya ialah 100%.

1. Copy Tip Minggu Ini - Apa Yang Anda Ketahui Mengenai Profitability

2. Copy Tip Minggu Ini - Apa Yang Anda Ketahui Mengenai Profitability

Mengapa Ini Boleh Berlaku?

Sebabnya ialah kerana provider tidak menutup posisi dagangan yang mengalami kerugian dan terus membiarkan posisi tersebut berjalan. Oleh itu, "Profitability" boleh menjadi 100% tetapi dagangannya boleh mengalami kerugian sebanyak 52.73% seperti yang ditunjukkan dalam statistik Jan 2019.

Oleh itu, statistik "Profitability" sahaja tidak mencukupi untuk menunjukkan keuntungan seorang pedagang. Sebaliknya, kami menggalakkan pedagang menggunakan gabungan pelbagai faktor untuk memilih provider yang paling sesuai dengan profil risiko mereka.

 

New call-to-action

 

Pasukan Penyelidikan Fullerton Markets

Your Committed Trading Partner