Sentimen pasaran menjadi lemah sekali lagi dalam kebimbangan terhadap gelombang virus kedua, perlukah menjual aset berisiko pada ketika ini?

Kini para pelabur berhadapan dengan masalah lain: penularan semula kes koronavirus. AS menyumbang lebih daripada 25% daripada jumlah keseluruhan 10 juta kes di seluruh dunia, menurut data yang dihasilkan Johns Hopkins. Banyak pakar mengatakan angka-angka ini mungkin kurang daripada jumlah jangkitan yang sebenarnya.

Kes koronavirus di seluruh dunia melepasi angka 10 juta, dengan lebih daripada 500,000 kematian, menyebabkan AS mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup kembali pembukaan aktiviti negara, terutama di kalangan orang muda. AS mencatatkan lebih daripada 42,000 kes pada hari Sabtu lalu menurut data yang dikumpulkan oleh Johns Hopkins University namun angka tersebut adalah lebih rendah daripada catatan 45,255 kes pada hari Jumaat lepas, tetapi jumlah harian kedua berturut-turut lebih dari 40,000.

Florida, Texas, California dan Arizona adalah penyumbang terbanyak bagi angka kes baru-baru ini, mendorong pihak berkuasa untuk mengenakan sekatan baru di negeri-negeri tersebut dan membatalkan rancangan pembukaan semula. Ini menyebabkan tekanan diberikan kepada Gabenor Texas Greg Abbott untuk mengambil langkah tambahan bagi mencegah penularan wabak ini. Hakim Daerah Dallas Clay Jenkins melalui satu suratnya kepada gabenor pada Sabtu lalu mendesak agar perintah pemakaian topeng bagi seluruh negara dan penutupan restoran diwajibkan. Pada hari Jumaat lepas, Mr. Abbott memerintahkan bar ditutup namun membenarkan restoran tetap dibuka dengan kapasiti 50%.

Laporan menunjukkan peningkatan kes koronavirus secara mendadak di banyak tempat, termasuk California, Arizona dan Texas, yang semuanya telah memecahkan rekod harian pada bulan Jun untuk jumlah kes jangkitan baru. Stok telah memberikan sedikit keuntungan yang mereka telah peroleh selama sebulan. Menjelang separuh kedua tahun ini, pelabur dan penganalisis mempunyai keraguan jika saham pasaran dapat mengekalkan momentum yang tinggi pada bulan April dan Mei.

Pasaran nampaknya agak selamat buat masa ini, terima kasih kepada Fed. Tetapi hanya segelinti sahaja yang yakin ketenangan pasaran akan kembali dalam masa terdekat. Isu yang memulakan penjualan secara besar-besaran disebabkan penularan wabak coronavirus belum selesai. Dan tidak ada yang pasti bila ia akan berakhir. Tetapi buat masa ini, Fed telah melakukan apa yang dapat dilakukannya, pasaran harus bergantung pada dasarnya pada masa ini.

Laporan pekerjaan AS dijadualkan keluar pada hari Khamis ini

Sementara itu, pasaran sedang mencari laporan pekerjaan lain memandangkan pelepasan data nonfarm payroll untuk bulan Mei telah mengejutkan pasaran, kerana perolehan 2.5 juta pekerjaan dicatat berikutan penyambungan semula pekerjaan di kilang dan beberapa penyedia perkhidmatan. Kenaikan 3 juta lagi dijangka berdasarkan konsensus Reuters, dengan kadar pengangguran jatuh lebih jauh ke 12.2%. Kadar pengangguran yang masih tinggi adalah peringatan tentang bagaimana proses pemulihan ekonomi mungkin mengambil masa yang lama.Trend perbelanjaan akan lebih terbendung apabila terdapat pembayaran pengangguran tambahan berakhir pada bulan Julai. Juga dikemas kini adalah data purata pendapatan per jam yang diharapkan dapat menunjukkan penurunan kadar tahunan. Sementara itu, data tuntutan pengangguran akan melihat trend pengangguran mingguan terbaru.

Syarikat di S&P 500 memberi isyarat bahawa prospeknya suram

Lebih daripada 40% syarikat di S&P 500 telah menarik semula indikasi atau ramalan pasaran mereka memandangkan wabak koronavirus telah membawa syarikat A.S. ke arah ketidakpastian. Tambahan pula, saham mereka bersama-sama telah jatuh lebih banyak berbanding indeks yang lebih luas.

Sehingga 25 Jun, sekurang-kurangnya 218 syarikat dari pelbagai industri telah menahan atau menarik semula ramalan tahunan mereka, menurut data dari Dow Jones Newswires. Banyak yang menyatakan ketidakpastian mengenai impak keseluruhan pandemik ini untuk kesediaan mereka, tetapi ada yang menunjukkan kemungkinan penularan wabak meningkat, perubahan dalam norma pengguna dan pengaruh seperti keperluan untuk meningkatkan gaji pekerja barisan hadapan.

Masih banyak faktor yang tidak diketahui berkaitan dengan kesan jangka panjang Covid-19 terhadap status kewangan kita untuk baki tahun 2020, pelaburan dan ketidakpastian yang berkaitan dengan tingkah laku pengguna sebagai panduan syarikat-syarikat besar dalam membuat sebarang keputusan awal bulan ini

Pilihan Kami

EUR/USD – Sedikit menurun

Pasangan matawang ini mungkin jatuh ke paras 1.1190 minggu ini.

EUR/USD

 

USD/JPY –Sedikit menurun

Pasangan matawang ini mungkin jatuh ke paras 106.00.

USD/JPY

 

XAU/USD (Gold) – Sedikit menurun.

Kami menjangkakan harga akan jatuh ke arah 1760 minggu ini.

XAU/USD (Gold)

 

U30USD (Dow) – Sedikit menurun

Indeks boleh jatuh ke paras 24820 minggu ini.

U30USD (Dow)

 

 

New call-to-action

 

Pasukan Kajian Fullerton Markets
Rakan Dagangan Komited Anda