Temui 3 Wanita Berkuasa pada Puncak Kewangan. Siapakah Yang Memandu Industri Kewangan Dunia? Kenali 3 Nama Yang Membuat Kesemua Perubahan Pada Pasaran Global.

Bulan Mac menandakan sambutan seluruh dunia bagi pencapai wanita-wanita dalam pelbagai bidang. Ditonjolkan dengan meraikan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac, Bulan Wanita juga menekankan gerakan hak wanita, yang telah menumpukan perhatian pada isu seperti kesamarataan jantina, hak reproduksi, dan keganasan terhadap wanita. Ketika dunia merasmikan pencapaian sosial, kultural dan politikal wanita dalam bulan Mac ini, Fullerton Markets ingin menyerlahkan tiga wanita yang penting dalam dunia kewangan.

As the world commemorates the social, cultural, and political accomplishments of women this month of March, Fullerton Markets puts a spotlight on three women who have been pivotal in the world of finance.

Are you ready to meet the 3 powerful women in the finance industry?

Barbara Rockefeller

barbara_rockefeller


Barbara Rockefeller

Founder, Rockefeller Treasury Services

Jika Wall Street mempunyai nama keluarga, ianya adalah Rockefeller. Bukanlah satu rahsia bahawa keluarga ini telah mendominasi kewangan pihak Amerika sejak dari lahirnya pasaran saham. Walau ahli Rockefeller yang terkenal kebanyakannya lelaki, salah seorang yang paling bijaksana dalam dekad-dekad lepas adalah semestinya, seorang wanita.

Barbara Rockefeller adalah pengasas bagi Rockefeller Treasury Services. Firma ini pakar dalam perundingan pasaran antarabangsa yang fokus pada pengurusan kewangan, dan juga ramalan pertukaran matawang asing. Beliau telah secara konsistennya telah menyediakan analisis harian bagi matawang dan ekonomi untuk pembaca FXStreet sebagai salah satu bahagian daripada surat berita beliau Daily Currency Briefing yang diedarkan ke bank-bank utama, korporasi multinasional dan pengurus dana, dan juga trader retail. Rockefeller meliputi pembahagian antara analisis fundamental dan teknikal dalam surat berita hariannya.

Dikenali sebagai penasihat pertama untuk menamakan pemberhentian spesifik dan target profit dalam nasihat trading, Rockefeller ialah satu-satunya penasihat yang telah menerbitkan untung dan rugi yang tepat untuk setiap trade harian.

Rockefeller mempunyai ijazah sarjana muda dari Reed College yang terkenal di Oregon - dikenali dengan standard tingginya untuk praktis pengajian, pemikiran kreatif dan penduduk yang sibuk. Beliau juga memegang ijazah sarjana dalam perhubungan antarabangsa dari Colombia University di New York City.

Perjalanannya menuju kebesaran

Sebelum mengasas Rockefeller Treasury Services, Barbara telah bekerja di Citibank dan bank lain sebagai pengurus risiko, pembangun produk baru (Cititrend), trader FX, penasihat dan juga pegawai pinjaman.

Barbara melakukan perundingan berkaitan FX, dengan projek yang termasuk kes tipu, pembayaran matawang asing kepada mangsa dalam 9/11 Vcitims Compensation Fund, dan pengurusan dedahan korporate. Beliau juga mengajar "The Fundamental of Foregien Exchange" di dalam lebih dari dua puluh negara termasuk Spain, Turkey, Denmark, Nigeria, Thailand, Hong Kong, dan New Zealand.

Pengarang bagi kursus latihan untuk pengetahuan penting FX di www.earnforex.com, Rockefeller juga telah membuat ceramah tentang analisis teknikal di Money Show dan Technical Analysis Expo di Paris.

Rockefeller mengetuai analisis teknikal dimasa ketika hanya beberapa orang di dalam industri itu yang faham tentang konsep tersebut. Pada 2004, majalah Technical Analysis of Stocks dan Commodities telah menemubual beliau sebagai "Trader of the Month".

"Diantara buku-buku terbitan Rockefeller adalah How to Invest Internationally (Franklin Covey, 1999), CNBC 24/7—Trading Around the Clock, Around the World (Wiley, 2000), The Global Trader (Wiley, 2001), Technical Analysis for Dummies (4th edition, 2019), The Foreign Exchange Matrix, bersama pengarang Vicki Schmelzer (Harriman House, 2014) dan The Baby Boomer Survival Guide, bersama pengarang Nick Tate (Humanix Books, 2014)"

Barbara Rockefeller telah ditampilkan di dalam buku Secret Conversations with Trading Tycoons tulisan Mario Singh dimana beliau telah berkongsi bagaimana beliau mula dalam trading, cara metodologi latihannya, dan juga memberikan nasihat-nasihat hebat kepada trader baru, diantara kesemua informasi yang berharga.

Secret Conversations with Trading Tycoons adalah buku ketiga Mario Singh. Beliau ialah pakar kewangan global, pengarang terlaris, dan juga CEO bagi pembrokeran pemenang anugerah Fullerton Markets.
Secret-Converstions-with-Trading-Tycoons1-700x700

Buku ke-3 Mario Singh "Secret Conversations with Trading Tycoons" ditetapkan untuk menjadi blockbuster global

Christine Madeleine Odette Lagarde

 

Christine-Lagarde - Copy
Christine Madeleine Odette Lagarde
Presiden, European Central Bank

Untuk kebanyakan orang, menjadi juara renang, peguam terkemuka ataupun cendekiawan dengan pelbagai ijazah sudah memadai sebagai pencapaian kehidupan. Tetapi, Christine Lagarde yang telah bangun dari permulaan yang sederhana (kedua ibubapanya adalah guru sekolah) untuk menjadi wanita yang paling berkuasa kedua di dalam dunia, telah melakukan semua itu dan banyak lagi. Lahir di Paris, France, Lagarde telah membesar dengan abang-abangnya di Le Havre, kawasan urban di Normandy, France. Beliau adalah salah seorang daripada pasuka renang nasional France semasa muda dan telah menyambung belajar di United States dibawah biasiswa American Field Service selepas baccalaureate nya.

Dalam masa pembelajarannya di US, Lagarde telah menjadi pelatih pembantu kongresional Maryland, membantu pejabat beliau untuk berinteraksi dengan konstituen French.

Lagarde kemudian mendapat ijazah sarjananya dalam English, labour law dan social law dari Paris West University Nanterre La Defense. Dia memegang ijazah sarjana dari Institut d'études Politiques in Aix-en-Provence mempunyai ijazah kedoktoran dari KU Leuven (Belgium) dan Université de Montréal.

Banyak baju besi yang dia pakai

Ditabalkan sebagai salah seorang dari 10 wanita paling berkuasa dari 2011 oleh majalah Forbes, Christine telah menerima CARE Humanitarian Award dan Atlantic Council pada 2019.

Sebagai pegawai bagi Order of Legion d'honneur, French order of merit yang tertinggi bagi military dan civil, Lagarde juga mempunyai pangkat komander di dalam Order of Merite Agricole.

"Saya belajar bahawa anda boleh sentiasa bertambah baik, dan anda tidak perlu malu tentang pandangan anda, dan tentang arah yang anda percaya adalah betul." ~Christine Lagarde

Pada 2019, sebelum dunia memasuki tempoh pandemik, Lagarde telah dicalonkan sebagai presiden European Central Bank (ECB) oleh European Council - wanita pertama yang akan menyambung posisi berpengaruh itu. ECB adalah komponen penting bagi Eurosystem dan European System of Central Banks. Merupakan salah satu daripada tujuh institusi European Union, ECB adalah salah satu bank sentral yang paling penting di dunia.

Sebelum posisi ini, Lagarde adalah managing director bagi International Monetary Fund (IMF) untuk dua penggal - sekali lagi, wanita pertama yang memegang jawatan tersebut. Beliau sebelumnya telah memegang banyak jawatan senior di dalam kerajaan French, termasuklah menteri ekonomi, kewangan dan industri, menteri agrikultur dan perikanan, dan menteri perdagangan asing. Beliau juga merupakan wanita pertama yang menjadi menteri kewangan bagi ekonomi G8 - malah ditabalkan oleh Financial Times sebagai menteri kewangan yang terbaik dalam eurozone pada 2009. Lagarde juga pernah menjadi wanita utama bagi firma guaman antarabangsa yang besar iaitu Baker & McKenzie.

Mary Callahan Erdoes


Mary Callahan Erdoes 2 - Copy
Mary Callahan Erdoes
CEO, JPMorgan Chase

Ketua Pegawai Eksekutif bagi aliran perniagaan JPMorgan Chase's Asset & Wealth Management adalah seorang wanita - dan itu mengatakan banyak tentang betapa gelas siling telah dipecahkan.

Mary Callahan Erdoes telah memegang jawatan senior serantau Asset & Wealth Management sebelum menjadi CEOnya pada 2009 sejak menyertai firma tersebut 25 tahun yang lalu. Sebagai sebahagian daripada JPMorgan Chase Operating Committee, iaitu pasukan pengurusan yang tertua di firma itu, beliau telah membantu menggerakkan salah salu pengurus pelaburan dan bank swasta yang terbesar dan paling dikagumi di dalam dunia, dengan 4$US trillion dalam aset pelanggan dan legasi berumur 200 tahun.

Dibesarkan di Winnetka, Illinois, Erdoes adalah alumna bagi Roman Catholic Woodlands Academy of the Sacred Heart di Lake Forest, Illinois. Beliau telah menyempurnakan ijazah sarjana mudanya di Georgetown University sebagai major matematik - satu-satunya wanita yang habis majornya di Georgetown pada masa itu. Beliau mendapat MBA di Harvard Business School.

Mencapai senarai Paling Berpengaruh dan seterusnya

"Tiada pengganti untuk kerja keras. Terdapat sedikit nasib di sepanjang jalan, tetapi tidak ada pengganti untuk kerja yang sangat keras, pertama masuk, terakhir keluar." ~ Mary Callahan Erdoes

Erdoes telah dimasukkan ke dalam senarai 50 Most Influential di Bloomberg Markets sejak dari 2012. Beliau juga dalam senarai 25 most powerful women on Wall Street dari Business Insider, dan telah dinamakan sebagai salah seorang wanita paling berkuasa di dalam dunia oleh Forbes.

Sebelum menyertai JPMorgan, Erdoes telah bekerja di Meredith, Martin & Kaye, firma nasihat khusus dimana beliau bertanggungjawab untuk credit research, trading dan pengurusan individual portfolio. Beliau memulakan kerjayanya dengan Stein Roe & Farnham, dan kemudian berpindah ke Bankers Trust, dimana beliau bekerja dalam kewangan korporat, banking merchant dan high-yield debt underwriting.

Mary menyertai JPMorgan Asset Management sebagai ketua bagi fixed income untuk individual yang tinggi nilainya, foundation dan endowments, dan juga telah dilantik sebgai CEO JPMorgan Private Bank pada 2005. Malah, beliau telah disebut sebagai berpotensi untuk mengganti JPMorgan Chase & Co. CEO, Jamie Dimon.

Selama beberapa dekad, penerbitan global tidak mempunyai masalash untuk menamakan wanita yang mengetuai industri kewangan. Kepimpinan yang telah ditunjuk oleh wanita-wanita ini, berserta pelajaran dan alat-alat yang tersedia di dalam pasaran kewangan terus mengilhamkan dan memecah sempadan bagi mereka yang belum menerokai industri ini. Senarai wanita berkuasa di dalam industri kewangan ini dijangka akan bertambah lebih panjang dan lebih kuat dalam tahun yang mendatang.


Bersedia untuk menambahkan kekayaan anda di pasaran kewangan terbesar di dunia? Tiada tempat yang lebih baik untuk bermula daripada di sini bersama kami! Mulakan trading dengan Fullerton Markets hari ini dengan membuka akaun:
BUKA AKAUN LIVE

Anda mungkin berminat dengan3 Perkara Yang Anda Harapkan Seseorang Memberitahu Anda Tentang Menjadi Pedagang Profesional

1200x627-Mar-09-2022-07-54-31-34-AM

Bulan Wanita Sedunia lebih hebat tahun ini dengan Lady's Empowering Bonus!
Dapatkan 10% bonus kredit untuk deposit minimum 100USD pada akaun CopyPip anda.