Cryptocurrency mempunyai kecenderungan untuk meletup pada bila-bila masa sahaja. Ia mungkinlah instrumen kewangan yang paling menarik untuk pengambil risiko dan trader yang berani. Lagipun, lebih tinggi risiko, lebih tinggilah ganjarannya.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa mengelak risiko adalah buruk untuk kesihatan portfolio anda. Ini adalah benar apabila anda trade CFD crypto kerana anda boleh mendapat keuntungan walaupun apa-apa arah pasaran sekalipun dengan melakukan trade panjang atau pendek.

Anda boleh melindungi portfolio anda daripada volatiliti tinggi pasaran cryptocurrency dengan meletakkan stop loss apabila anda trade dengan CFD Crypto. Tambahan, anda boleh melihat matawang digital yang berkemungkinan untuk menguasai pasaran pada tahun-tahun seterusnya.

Adakah anda bersedia untuk "Alphas"? Mari kita terus dalami ia!

Apa yang mempengaruhi harga-harga cryptocurrency?

Sebelum kita masuk ke bahagian yang menarik, mari kita kenali dulu faktor-faktor yang mempengaruhi pergerakan harga matawang digital.

1. Pembekalan dan permintaan

Sama dengan instrumen matawang yang lain, nilai cryptocurrency ditentukan oleh pembekalan dan permintaan. Perbezaannya adalah cuma pembekalannya yang tetap, ataupu "burned".

Pembekalan maksimum Bitcoin, contohnya, dihadkan pada 21 juta USD. Pembekalan Ethereum, sebaliknya, tidak mempunyai had eksplisit.

Apabila rangkaian Ethereum dicipta, terdapat 72 juta dihasilkan semasa pelancaran, dan 18 juta Ether mempunyai potensi untuk dilombong setiap tahun. Pada realitinya, ini telah menurun kerana kerumitan pelombongan, menambahkan masa komputasi dan memperlahankan kadar penghasilan blok. Ethereum juga perlu "dibakar" sekali sekala.

Di dunia crypto, "burning" adalah proses yang dilakukan untuk mengawal harga. Token akan dihantar ke wallet yang tidak mempunyai kunci akses, membuatnya hilang selamanya. "Burning" boleh dilakukan terhadap semua koin cryptocurrency.

Contohnya, Vitalik Buterin, salah seorang pengasas Ethereum, membakar 90% daripada token Shiba Inu. Ethereum bernial hampir 0.5 juta USD juga telah dibakar setiap jam, setelah adanya penaiktaraf Ethereum London Hard Fork.

2. Bursa

Cryptocurrency yang lebih mudah diakses di dalam banyak bursa cenderung memiliki lebih banyak pelabur. Ini mendorong permintaan untuk naik, dan menghasilkan kenaikan pada harga.

3. Kos Produksi

Melombongi cryptocurrency memerlukan duit. Jika kos naik, nilai matawang digital haruslah juga naik agar pelombong mampu untuk mengimbangi kos produksi.

Walau bagaimanapun, tidak semua koin boleh dilombong. Pelombongan hanyalah benar untuk cryptocurrency yang mempunyai proof-of-work dan juga proof-of-stake.

4. Persaingan

Persaingan

Pada November 2021, terdapat lebih dari 7,500 koin yang wujud. Jika mana-mana koin digital terbaru terbukti lebih bagus, atau telah bertambah baik dari segi had kewujudan crypto, mereka cenderung untuk mengambil beberapa nilai dari penjawat.

Cryptocurrency yang mana akan "boom" pada 2022?

Tiada formula spesifik untuk menentukan matawang digital yang mana berkemungkinan untuk beraksi dengan baik di dalam tahun-tahun seterusnya atau kekal stabil dan berjaya.

Namun, berdasarkan faktor-faktor yang mempengaruhi harga, kadar adopsi dan persepsi pelabur, anda boleh mendapat idea bagus tentang cryptocurrency mana yang berkemungkinan untuk menguasai pasaran dalam 2022.

1. Bitcoin

Taraf pasaran: #1

Harga semasa (pada 8 Nov 2021): 65,249.08USD

Had pasaran: 1,228,037,468,395.11USD

Pembekalan beredar: 18,867,012 BTC

Bitcoin

(Source: CoinMarketCap)

Bitcoin kekal menjadi cryptocurrency kuat walaupun melalui pembetulan dalam Oktober. Sebagai yang tertua, terlama dan penggerak pertama dalam pasaran, popularitinya kekal kuat.

Tambahan, Bloomberg adalah bullish pada token digital, meramalkan harganya untuk mencecah 400,000USD tahun depan.

Ramai pakar cryptocurrency juga telah meramal harga Bitcoin untuk terus naik kepada 80,000USD dan berkemungkinan untuk mencapai 5 juta USD pada 2030.

Selain itu, utiliti Bitcoin juga telah berkembang.

  • Dianggap sebagai lindung nilai yang lebih baik terhadap inflasi
  • Dana lindung nilai dan pencen perlahan-lahan menambah bitcoin ke dalam portfolio mereka sebgai kepelbagaian.
  • ETF Bitcoin bermaksud orang ramai mempunya akses kepada Bitcoin

Walau bagaimanapun, ia penting untuk ingat bahawa bekalan Bitcoin adalah terhad. Pada April 2021, sekitar 89% daripada bekalannya telah pun dicapai. Arah harga dapat dipengaruhi oleh produksi. Ini sebabnya mengapa segelintir menganggap potensi gelembung pada prospek harga Bitcoin.

Namun, halving Bitcoin yang seterusnya dijangka berlaku dalam 2024. Ini secara sejarahnya telah ditunjukkan untuk mendorong harga naik. Semasa ketiga-tiga halving ini, harga Bitcoin telah melambung:

  • Halving pertama dalam November 2012 - Harga naik dari 12USD ke 1,150USD
  • Halving kedua dalam Julai 2016 - Harga naik dari 650USD hampir ke 20,000USD
  • Halving ketiga dalam Mei 2020 - Harga naik dari sekitar 8,500USD ke sekitar 50,000USD.

Halving Bitcoin the membahagi kadar inflasi secara separuh, serta jumlah Bitcoin baru yang memasuki peredaran.

2. Ethereum

Taraf pasaran: #2

Harga semasa (pada 8 Nov 2021): 4,721.34USD

Had pasaran: 557,862,119,394.63USD

Pembekalan beredar: 118,253,501 ETH

Ethereum

(Source: CoinMarketCap)

Juga dikenali sebagai Ether, Ethereum telaj menjadi cryptocurrency kedua terbesar di dunia untuk masa yang lama. Mengikuti penaiktarafan London, dimana ia terdiri daripada lima proposal untuk pembaharuan besar platform itu, crypto ini dijangka untuk mencuri tempat teratas dari Bitcoin dalam 2022.

Etherum kini bergerak ke PoS (proof-of-stake) ke PoW (proof-of-work), yang akan menghilangkan beberapa had dalam halangan untuk masuk, kecekapan tenaga, imuniti, dan sokongan untuk rantai pecahan. Ini bermaksud validasi yang lebih cepat dan peningkatan utiliti matawang digital.

3. Polkadot (DOT)

Taraf pasaran: #8

Harga semasa (pada 10 Nov 2021): 50.63USD

Had pasaran: 50.120.027.781.16USD

Pembekalan beredar: 987.579.315 DOT

Polkadot (DOT) 

Harga DOT mencapai nilai tertinggi dalam November pada 55USD dan pakar percaya bahawa ia boleh naik lebih tinggi dengan perkembangan mendatang. Lelongan parachain yang dijadualkan merupakan pemangkin kepada kenaikan harga November, dan 2022 dijanka untuk menjadi tahun pengeluaran besar bagi DOT.

Parachain membenarkan transaksi yang banyak untuk diproses melalui rantai paralel, meningkatkan skalabiliti. Mereka dapat disesuaikan untuk memiliki ekonomi dan token tersendiri.

Pengasas Polkadot, Gavin Wood telah tweet, "Dengan 11 lelongan parachain yang pertama pada bulan hadapan, bersama dengan 100 atau lebih slot yang tersedia untuk dipenuhi, ini boleh meningkatkan kehadiran Polkadot di dalam sektor crypto, dan boleh mengukuhkan status kenaikan sistem multichain."

Ini adalah tiga cryptocurrency yang berkemungkinan untuk boom pada 2022. Tentunya, pasaran cryptocurrency adalah sangat tidak boleh dijangka dan senarainya boleh berbeza pada kuarter pertama 2022.

Ini sebabnya mengapa ia penting untuk kekal mengikuti berita cryptocurrency. Ikuti perkembangan semasa kondisi pasaran agar anda boleh membuat keputusan pergerakan trading yang betul.

Untuk cara lebih selamat untuk trade matawang digital, tradelah CFD. Anda boleh mendapat keuntungan dari pergerakan harga sama ada ia naik atau turun, asalkan spekulasi anda betul.

 

Bersedia untuk menambahkan kekayaan anda di pasaran kewangan terbesar di dunia? Tiada tempat yang lebih baik untuk bermula daripada di sini bersama kami! Mulakan trading dengan Fullerton Markets hari ini dengan membuka akaun:

 

Buka Akaun LIVE

 

Anda mungkin berminat dengan: Cara Trading Emas dan Jana Wang Secara Autopilot